Lakukan genjatan politik, beri tumpuan pada rakyat: TMJ

Kenyataan Tunku Ismail menerusi Facebook HRH Crown Prince of Johor pada Selasa.
Kenyataan Tunku Ismail menerusi Facebook HRH Crown Prince of Johor pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu semua ahli politik khususnya di negeri ini supaya melakukan genjatan politik untuk sementara dan memberi sepenuh tumpuan kepada rakyat.

Tunku Ismail bertitah, pemimpin politik harus mengetepikan segala perbezaan mereka dalam tempoh pandemik Covid-19 ketika ini.

"Saya ingin memberi pandangan dan nasihat yang ikhlas kepada semua ahli politik di Johor atau mana-mana.

"Anda harus memberikan keutamaan kepada krisis kesihatan dan ekonomi yang kini berada di tahap amat membimbangkan.

"Sekarang bukan masa untuk berpolitik. Anda semua dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat demi rakyat dan negara," titah baginda menerusi hantaran dalam Facebook milik baginda, HRH Crown Prince of Johor pada Selasa.

Tunku Ismail juga mahu semua ahli politik melaksanakan tanggungjawab diamanahkan dan cuba sedaya boleh untuk memerangi Covid-19.

"Ketepikan segala perbezaan politik, lakukan genjatan politik buat sementara ini dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada rakyat. Ini adalah masa untuk berkhidmat dan membantu rakyat," titah baginda.

Artikel Berkaitan: