X

Kindly register in order to view this article
!

Petugas barisan hadapan kongsi dugaan perangi Covid-19

Petugas barisan hadapan di beberapa hospital di Lembah Klang berkongsi kisah di sebalik perjuangan mereka memerangi wabak Covid-19. - Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Petugas barisan hadapan di beberapa hospital di Lembah Klang berkongsi kisah di sebalik perjuangan mereka memerangi wabak Covid-19 di YouTube melalui saluran Projek #BangsaMalaysia.

Video yang bertajuk dalam bahasa Inggeris 'Frontliners reveal truth about the Covid-19 crisis in Klang Valley Hospitals' itu hanya mendengar luahan suara petugas barisan hadapan tanpa mendedahkan wajah bagi mengaburi identiti mereka.

Seorang daripada petugas itu berkata, laporan data berkaitan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah benar.

"Saya bertarung dengan Covid-19 sejak tahun lalu sebagai barisan depan. Nombor itu tidak palsu.

“Berdasarkan kadar positif, satu daripada 10 orang yang anda kenali sama ada ahli keluarga dan rakan anda dijangkiti wabak tersebut,” katanya.

Tangkap layar video yang dimuat naik di saluran Youtube Projek #BangsaMalaysia pada Selasa.
Tangkap layar video yang dimuat naik di saluran Youtube Projek #BangsaMalaysia pada Selasa.

Menurut petugas lain, kini semakin ramai rakyat yang dijangkiti wabak Covid-19 tanpa mengira had umur.

“Kita bukan bercakap tentang warga emas tapi tentang orang muda dan mereka yang tiada penyakit berbahaya dijangkiti wabak ini hingga ke kategori empat dan lima.

“Kita sedang kehilangan banyak nyawa, ibu, ayah dan anak. Ia sedang berlaku dalam negara kita.

“Setiap hari ketika bekerja, terdapat pesakit yang secara tiba-tiba tidak dapat mengekalkan tahap oksigen normal.

“Kami menggantikan tabung oksigen mengikut jam dan ada pesakit mungkin diminta untuk berkongsi oksigen dengan pesakit lain," ujarnya.

Video berdurasi 15 minit yang dimuatnaik pada 12 Julai lalu sehingga kini mendapat 433,000 tontonan.

Melalui video tersebut, dimaklumkan jika ada petugas barisan hadapan kesihatan yang ingin berkongsi pengalaman tanpa mendedahkan identiti, boleh dapatkan borang di: http://bit.ly/frontliners_form


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!