X

Kindly register in order to view this article
!

'Semuanya gagal, salahkan rakyat lagi?'

Anwar Ibrahim
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengkritik kerajaan dengan mendakwa gagal dalam menangani krisis pandemik Covid-19.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas kes harian Covid-19 pada Selasa meningkat sebanyak 11,079 kes menjadikan angka paling tinggi sejak Covid-19 melanda negara.

Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa, pelbagai langkah yang diambil kerajaan termasuk keberkesanan fungsi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diperkenalkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini tidak membuahkan sebarang kejayaan.

“Angka makin menaik setiap hari. Mana dia pelan Pemulihan? Sudah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah darurat, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pun sudah, 'total lockdown' pula lagi. Semuanya gagal. Apa lagi alasan kali ini?

“Salahkan rakyat lagi?” ciapnya menerusi Twitter beliau pada Selasa.

Pada Selasa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes harian positif Covid-19 melonjak ke angka tertinggi iaitu sebanyak 11,079 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,263 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,521) dan Negeri Sembilan (1,033).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!