ADUN Jeram jual durian kahwin RM5 sekilogram

Mohd Shaid memuat naik status di Facebook pada Selasa.
Mohd Shaid memuat naik status di Facebook pada Selasa.
A
A
A

PUNCAK ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan membeli durian kahwin pada harga RM5 sekilogram.

Mohd Shaid berkata, inisiatif itu dilakukan bagi memberi peluang kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu membeli raja buah itu pada harga jauh lebih murah.

Menurut beliau, harga durian kahwin yang dijualnya itu jauh lebih rendah berbanding harga pasaran iaitu kira-kira RM15 sekilogram.

"Saya mengambil inisiatif ini dengan menjalin kerjasama dengan pemborong durian untuk membolehkan penduduk di DUN Jeram menikmati durian pada harga jauh lebih rendah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.

Mohd Shaid berkata, pada masa ini, pembeli durian terdiri dalam kalangan mereka yang berkemampuan apatah lagi ramai rakyat terkesan akibat pandemik Covid-19.

"Kita hendak beri peluang kepada semua rakyat menikmati durian pada musim kali ini walaupun dalam keadaan gawat.

"Rakyat yang hidup susah terutama anak-anak mereka juga hendak merasa durian dan kita cuba berusaha memenuhi hasrat ini," jelasnya.

Katanya, sebanyak dua tan metrik durian akan dijual kepada penduduk pada jam 5.30 petang di pekarangan pejabatnya di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

"Kalau boleh, kita hendak beri semua orang rasa durian dengan mengehadkan penjualan durian hanya lima kilogram untuk setiap keluarga," katanya.

Mohd Shaid memuat naik status di Facebook beliau yang menawarkan harga durian kahwin pada harga RM5 sekilogram.