Aplikasi cari jodoh selain milik kerajaan haram di Iran

Ramai penduduk Iran yang berkahwin lewat sehingga menyebabkan penurunan kadar kelahiran di negara itu. - Foto AFP
Ramai penduduk Iran yang berkahwin lewat sehingga menyebabkan penurunan kadar kelahiran di negara itu. - Foto AFP
A
A
A

TEHERAN - Iran pada Isnin memperkenalkan sebuah aplikasi Islam bagi mempertemukan jodoh dalam kalangan golongan muda dengan tujuan untuk mendirikan rumah tangga, lapor stesen televisyen kerajaan.

Aplikasi yang dikenali sebagai Hamdam atau dalam bahasa Parsi bermaksud berteman membolehkan para pengguna untuk mencari dan memilih pasangan mereka, lapor stesen televisyen tersebut.

Ketua polis siber, Kolonel Mohammad Rajabi berkata, semua platform mencari jodoh yang popular di Iran selain Hamdam itu sebenarnya haram di negara berkenaan.

Aplikasi tersebut dibangunkan oleh Institut Kebudayaan Tebyan dan mendakwa, ia menggunakan kecederasan buatan untuk mempertemukan jodoh untuk golongan bujang yang mahu mendirikan rumah tangga.

Menurut laman sesawang aplikasi itu, pendaftaran untuk menggunakan laman mencari jodoh itu adalah percuma.

Sebelum ini Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyatakan beberapa kali bahawa negara tersebut berdepan dengan peningkatan umur perkahwinan dan penurunan kadar kelahiran. - Agensi

Artikel Berkaitan: