'Dah 28 kemalangan berlaku di lokasi ini sejak Januari'

Sebanyak 28 kemalangan direkodkan berlaku di lokasi berkenaan sejak 1 Januari lalu.
Sebanyak 28 kemalangan direkodkan berlaku di lokasi berkenaan sejak 1 Januari lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima aduan berhubung satu rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan beberapa kenderaan terlibat kemalangan di Lebuh Raya Hubungan Timur Barat bersebelahan depoh simpanan kenderaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, antara penyebab utama kemalangan adalah keadaan jalan berselekoh dan tidak rata.

Katanya, hasil semakan mendapati sejak Januari lepas hingga hari ini (13 Julai 2021) terdapat 28 kemalangan berlaku di lokasi berkenaan.

"Beberapa faktor dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada kemalangan antaranya permukaan jalan licin selepas hujan, bentuk jalan berselekoh dan sikap pengguna jalan raya yang memandu melebihi kelajuan ditetapkan hingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan lalu terbabas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan bahawa pihaknya akan membuat pemantauan lebih kerap di lokasi berkenaan bagi memastikan tiada unsur sabotaj dilakukan oleh pihak tidak bertangungjawab.

Artikel Berkaitan: