Pemuda UMNO serah 10 tuntutan rakyat kepada Tengku Zafrul

Asyraf (kanan) menyerahkan memorandum cadangan dan tuntutan bagi memangkin kehidupan rakyat PKP 3.0 kepada Tengku Zafrul di Kementerian Kewangan pada Selasa.
Asyraf (kanan) menyerahkan memorandum cadangan dan tuntutan bagi memangkin kehidupan rakyat PKP 3.0 kepada Tengku Zafrul di Kementerian Kewangan pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pemuda UMNO pada Selasa bertemu Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi menjelaskan 10 tuntutan rakyat sepanjang pandemik Covid-19.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pertemuan tersebut berlangsung pejabat Kementerian Kewangan pada Selasa.

“Sejam lebih saya berpeluang membawa dan menerangkan sendiri satu persatu 10 #TuntutanRakyat yang utama kepada Menteri Kewangan di Kementerian Kewangan pada pukul 1.30 tadi.

“10 tuntutan rakyat ini merupakan rumusan isu-isu utama termasuk i-Citra, moratorium, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), Bantuan Prihatin (BPR) hasil maklum balas ribuan komentar dan mesej peribadi yang kami terima termasuk Hotline Pemuda UMNO,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook milik beliau pada Selasa.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, pertemuan itu kali kedua dilakukan Pemuda UMNO selepas membawa usul sama kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat lepas.

“Saya katakan kepada Tengku Zafrul, ‘Tolonglah YB, ini harapan rakyat teramai di bawah yang memang amat susah, terdesak dan tertekan ketika ini!” katanya di media sosial itu.

Sebelum ini, Asyraf membuat kunjungan di pejabat Ismail Sabri di Putrajaya dengan membawa 10 tuntutan atau permintaan daripada Pemuda UMNO untuk menambah baik bantuan rakyat sepanjang pandemik Covid-19.

Beliau berkata, Ismail Sabri komited dan bersetuju menjadikan semua tuntutan rakyat itu sebagai keutamaannya selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai lalu.

Artikel Berkaitan: