Mohamad dilantik Pengarah Pilihan Raya UMNO ganti Tajuddin

Datuk Seri Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu berkuatkuasa serta-merta menggantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai ‘Tok Mat’, ketika ini menjalankan tugas sebagai Pengerusi ‘War Room’ Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan pada Selasa berkata, penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO itu bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.

“Dengan kedudukan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Timbalan Pengerusi BN, ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan Pilihan Raya, yang melibatkan semua parti-parti komponen BN.

“UMNO Malaysia ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang sebelum ini menggalas amanah sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: