MADACorp salur 1,000 kampit beras untuk rakyat Kedah

Ahmad Tarmizi (dua dari kiri) membuat simbolik penyerahan beras kepada Kamarul Zaman (tengah) di Ibu Pejabat MADACorp, Menara Peladang pada Selasa.
Ahmad Tarmizi (dua dari kiri) membuat simbolik penyerahan beras kepada Kamarul Zaman (tengah) di Ibu Pejabat MADACorp, Menara Peladang pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR - Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd (MADACorp) menyalurkan sumbangan sebanyak 1,000 kampit beras untuk membantu rakyat di negeri Kedah yang terkesan akibat Covid-19.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, bantuan sumbangan Covid-19 ini akan disumbangkan kepada masyarakat melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah.

Menurut beliau, MADACorp mengambil inisiatif menyumbangkan beras itu melalui PDRM sebagai tanda sokongan atas usaha mereka dalam menjalankan Ops Bantu dianjurkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

"Penyerahan bantuan ini adalah satu inisiatif MADACorp dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada rakyat Kedah yang terkesan disebabkan wabak Covid-19.

"Kita sememangnya amat prihatin dan peka terhadap permasalahan yang dialami rakyat terkesan akibat Covid-10 sekaligus bantuan dan sokongan berterusan akan terus diberikan dalam menyahut kempen kerajaan #KitaJagaKita," katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Covid-19 MADA Corp kepada Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat di Ibu Pejabat MADACorp di Menara Peladang di sini pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MADACorp, Mohamad Anuar.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Tarmizi berkata, di pihak MADA, pihaknya juga menyalurkan pelbagai bentuk bantuan antaranya sumbangan bakul makanan di setiap wilayah MADA termasuklah di Perlis bagi meringankan beban petani.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Kamarul Zaman berkata, pihaknya berterima kepada pihak berkenaan yang menyalurkan sumbangan dan memberi kerjasama dalam menjayakan Ops Bantu.

Menurut beliau, 1,000 kampit beras diterima akan diagihkan kepada kira-kira 156 balai polis di seluruh Kedah untuk memastikan bantuan berkenaan sampai kepada golongan sasar.

Katanya, pihaknya akan terus bersama-sama mencari individu terkesan akibat Covid-19 demi memastikan mereka tidak ketinggalan ataupun terputus bekalan makanan di negeri ini.

"Setakat ini, kita telah menyalurkan sehingga 20 bantuan kepada penduduk memerlukan di sekitar Kedah, yang mana usaha berkenaan adakan dilaksanakan secara berterusan," katanya.