PGA rampas rokok seludup bernilai RM3.2 juta

Rokok seludup yang dirampas PGA Briged Sabah di sebuah gudang di Batu 3 1/2, Jalan Segama Lama, Lahad Datu.
Rokok seludup yang dirampas PGA Briged Sabah di sebuah gudang di Batu 3 1/2, Jalan Segama Lama, Lahad Datu.
A
A
A

LAHAD DATU - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah merampas rokok seludup dianggarkan bernilai lebih RM3.2 juta di sebuah gudang di Batu 3 1/2, Jalan Segama Lama, di sini pada Isnin.

Dalam serbuan Op Kontraban kira-kira jam 10 malam itu, rokok jenis kretek dan putih itu disembunyikan dalam gudang yang berkunci dan berpagar.

Komander Briged Sabah PGA, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, operasi itu dijalankan hasil kerjasama Batalion (Bn) 17 PGA Lahad Datu dan Bn 14 PGA Tawau.

"Pemeriksaan di dalam gudang menemui 2.36 juta batang rokok putih dan 1.7 juta batang rokok jenis kretek dipercayai dibawa masuk tanpa kelulusan dan cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Seorang lelaki warga Indonesia berusia 56 tahun yang dipercayai penjaga gudang berkenaan turut ditahan dalam serbuan itu," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Mohd Abduh memberitahu, suspek dan semua rokok yang dirampas diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

"Jumlah keseluruhan rokok yang dirampas dianggarkan bernilai RM3,207,952 berdasarkan harga pasaran semasa. Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967

Artikel Berkaitan: