Sila log masuk terlebih dahulu.

Polis nafi gaduh disebabkan perkauman

Tangkap layar orang ramai menyaksikan kejadian gaduh melibatkan dua lelaki di dakwa berlaku di Parit Buntar. (Kanan: Penghantar makanan yang didakwa dipukul seorang lelaki di Parit Buntar. - Foto ihsan pembaca)
Tangkap layar orang ramai menyaksikan kejadian gaduh melibatkan dua lelaki di dakwa berlaku di Parit Buntar. (Kanan: Penghantar makanan yang didakwa dipukul seorang lelaki di Parit Buntar. - Foto ihsan pembaca)
A
A
A

PARIT BUNTAR - Polis menafikan pergaduhan dua lelaki membabitkan seorang penghantar makanan yang didakwa berlaku di Parit Buntar di sini, berunsur perkauman.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, polis menerima laporan kejadian itu pada Ahad lalu sebelum video berkaitan tular di media sosial.

Menurutnya, kejadian itu didakwa berpunca daripada seorang lelaki berusia 34 tahun yang mengesyaki penghantar makanan berusia 27 tahun itu mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

"Bagaimanapun siasatan mendapati berlaku salah faham kerana penghantar makanan itu tidak mempunyai hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit.

"Sebaliknya, dia mengenali wanita terbabit sebagai rakan sekerja sejak lapan tahun lalu dan menghantar makanan yang dipesan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Mazuki memberitahu, kedua-dua pihak telah berbincang untuk menyelesaikan kes secara baik dan satu laporan telah dibuat bagi menarik balik kes tersebut.

"Polis mengingatkan masyarakat supaya tidak menyebarkan berita tidak benar hingga menimbulkan kegusaran awam.

"Tindakan tegas boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada," katanya.

Artikel Berkaitan:

Video berdurasi 11 saat tular di media sosial memaparkan dua lelaki bergaduh di garaj sebuah sebuah rumah dan turut disaksikan orang ramai.