X

Kindly register in order to view this article
!

'Pergi CAC terdekat, elak kesesakan di Stadium Malawati'

Dr Noor Hisham
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai di Selangor supaya memilih lokasi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) terdekat bagi mengelak kesesakan di Stadium Malawati Shah Alam.

Menerusi perkongsian di Twitternya, Dr Noor Hisham berkata terdapat 12 lagi CAC di negeri itu yang boleh dikunjungi orang ramai iaitu masing-masing satu di daerah Klang dan Hulu Selangor serta 10 di daerah Gombak.

Berdasarkan infografik dikongsi, CAC daerah Klang terletak di Dewan Sukan Klang (Dewan Sri Andalas) sementara CAC daerah Hulu Selangor adalah di Klinik Desa Ulu Yam Lama.

Selain itu di daerah Gombak, CAC yang boleh dikunjungi adalah Klinik Kesihatan (KK) Kuang; KK Batu 8; KK AU2; KK Hulu Kelang; KK Taman Ehsan; KK Batu Arang; KK Sungai Buloh; KK Selayang Baru; KK Rawang dan KK Gombak Setia. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 4,000 lapor diri, CAC Stadium Malawati seperti medan perang

ARTIKEL BERKAITAN:'CAC melimpah ruah, 11 jam beratur, lima orang pengsan depan mata'


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!