Tiada kompromi kes dera kanak-kanak: Puteri UMNO

Zahida Zarik Khan
Zahida Zarik Khan
A
A
A

SHAH ALAM - Puteri UMNO menegaskan tidak akan berkompromi dengan mereka yang melakukan penderaan fizikal atau mental terutama terhadap kanak-kanak.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, pihak berkuasa perlu menyiasat kes dengan teliti dan pelaku akan didakwa.

“Tidak ada siapa yang kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang.

“Kami mengecam keras sebarang tindakan keganasan terhadap siapa sahaja insan tidak bersalah terutamanya wanita dan kanak-kanak istimewa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Kenyataan tersebut sebagai mengulas laporan Sinar Harian pada 6 Julai mengenai seorang remaja sindrom down berumur 13 tahun dilaporkan didera di rumah kebajikan yang didiaminya sejak setahun lalu.

Bagaimanapun, Bella diselamatkan pihak berkuasa dan kini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah Seremban di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam pada itu, Zahida turut menasihati penjaga selaku pelindung kepada insan istimewa untuk terus memberi kasih sayang sebaiknya kepada anak-anak di bawah jagaan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anak istimewa disyaki didera di rumah kebajikan

Artikel Berkaitan: