Pemandu e-hailing mengaku tidak salah buat komunikasi jelik

Pemandu perkhidmatan e-hailing, Mahadi Mahbol, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik membabitkan sebuah parti politik dan seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri melalui aplikasi Facebook miliknya, Oktober tahun lalu.
 - Foto Bernama
Pemandu perkhidmatan e-hailing, Mahadi Mahbol, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik membabitkan sebuah parti politik dan seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri melalui aplikasi Facebook miliknya, Oktober tahun lalu.
 - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik membabitkan sebuah parti politik dan seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri melalui aplikasi Facebook miliknya, Oktober tahun lepas.

Mahadi Mahbol, 36, didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran satu komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan laman profil ‘Mahadi Bin Mahbol' pada jam 2.10 petang, 15 Oktober 2020.

Pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Menteri, Putrajaya pada 5 petang, tarikh sama (15 Oktober).

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Namun sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd Apandi menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Muhammad Azim Salih yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai pemandu e-hailing sejak dua tahun lepas.

Hakim M M Edwin Paramjothy membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: