Penyelia kanan, pembantu tadbir Felda direman kes rasuah

Dua suspek yang dibawa keluar selepas dikenakan reman lima hari bermula Selasa oleh Penolong Pendaftar, Hayatul Hafifie di Mahkamah Majistret Temerloh.
Dua suspek yang dibawa keluar selepas dikenakan reman lima hari bermula Selasa oleh Penolong Pendaftar, Hayatul Hafifie di Mahkamah Majistret Temerloh.
A
A
A

TEMERLOH - [DIKEMAS KINI] Seorang penyeIia kanan dan pembantu tadbir Felda di Bera ditahan reman selama lima hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan masing-masing RM8,000 dan RM2,000 daripada kontraktor.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Hayatul Hafifie Hashim di Mahkamah Majistret Temerloh di sini selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang.

Mereka tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 12 tengah hari dengan memakai baju reman SPRM warna jingga.

Dua individu berusia 34 dan 31 tahun itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Temerloh antara jam 3 petang Isnin selepas hadir memberi keterangan berkaitan kes kecurian buah sawit.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: