[VIDEO] Polis kesan wanita lolos kawat duri PKPD

Tular gambar wanita menyusup keluar dari celah dawai berduri yang dipasang di kawasan PKPD Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu.
Tular gambar wanita menyusup keluar dari celah dawai berduri yang dipasang di kawasan PKPD Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Video memaparkan seorang wanita bertindak menyelinap keluar dari dawai berduri yang dipasang di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Bandaran Berjaya, di sini, tular sejak pagi Selasa.

Video berdurasi 31 saat yang tular melalui aplikasi TikTok itu memaparkan seorang wanita berbaju putih dan berseluar jean menyusup keluar dari celah dawai berduri untuk melarikan diri ke arah bangunan berhampiran.

Dipercayai video itu dirakam kira-kira jam 8.30 malam Isnin oleh seorang lelaki yang berada di salah sebuah bangunan di dalam kawasan PKPD itu.

Kawasan berkenaan adalah antara yang dikenakan PKPD bermula Isnin hingga 25 Julai depan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu selepas rakaman itu tular di media sosial.

Katanya, pihak polis sedang mengesan wanita terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

"Kita nasihatkan kepada orang ramai yang berada di kawasan PKPD supaya terus mematuhi undang-undang ditetapkan.

"Ia bukan saja membahayakan diri masing-masing tetapi juga boleh dikenakan tindakan tegas kerana melakukan kesalahan melanggar perintah PKPD," katanya.

Artikel Berkaitan: