Amaran hujan lebat berterusan di Sabah

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat, dijangka berterusan di beberapa kawasan di Sabah bermula esok hingga Khamis.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Selasa melaporkan kawasan yang dijangka terlibat ialah kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu).

Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku turut dikeluarkan untuk Labuan bermula Rabu hingga Khamis ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: