Marquez masih dihantui kecederaan patah tulang tangan

 Marc Marquez
Marc Marquez
A
A
A

PELUMBA Repsol Honda, Marc Marquez mengakui kecederaan patah tulang lengan kanan yang dihadapinya sebelum ini masih menghantuinya dalam saingan MotoGP musim ini.

Menurut Marquez, dia mengharapkan lebih banyak kebenaran daripada doktor untuk menjalani latihan dalam usaha memastikan dia dapat kembali ke tahap terbaik prestasinya.

Pelumba kelahiran Sepanyol itu terpaksa berehat selama 10 bulan selepas patah tulang tangan kanannya ketika kemalangan pada Grand Prix Sepanyol pada Julai tahun lalu yang menyebakan dia terpaksa menjalani pembedahan sebanyak tiga kali.

Keadaan tersebut menyebabkan juara dunia enam kali itu terlepas baki perlumbaan musim lalu dan kali terakhir dia muncul juara adalah di Grand Prix (GP) Valencia 17 November 2019.

Marquez kembali berlumba pada April di GP Portugal tahun ini, namun terpaksa berhadapan dengan kesukaran untuk berlumba kerana kecederaan tersebut selain doktor menghadkan tempoh latihan bagi memastikan kecederaan tersebut dapat pulih sepenuhnya.

"Sudah tentu dengan rehat musim panas ini akan memberikan lebih banyak ruang untuk kami melakukan apa sahaja termasuk latihan.

Perkara pertama sudah tentu saya perlu berehat minimum satu minggu kerana saya memerlukannya daripada segi mental dan fizikal.

"Saya bermula dengan kecederaan bahu pada 2019 dan kemudiannya patah tulang kanan pula.

Artikel Berkaitan:

Sudah dua tahun saya tidak bercuti dan saya perlukan cuti sekarang. Selepas itu, saya akan mula berlatih. Perancangan saya sudah tentu jika dapat kebenaran daripada doktor, saya mahu lebih banyak berlatih.

"Saya perlu berada di atas motor lebih kerap sebelum GP Austria untuk kembali mendapat rentak," katanya.

Marquez setakat ini hanya mampu meraih satu podium di MotoGP Jerman pada 20 Jun lalu dan berada di kedudukan ke-10 dalam kedudukan ranking pelumba MotoGP musim ini.

Dalam pada itu, Honda turut memperkenalkan casis baharu untuk jentera tersebut yang menyaksikan Marquez berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh selepas bermula di petak ke-20 di kejuaraaan MotoGP Belanda.

Menurutnya, penambahbaikkan itu akan memberikan motivasi untuk menjadikan jentera tersebut lebih baik musim ini.

"Saya gembira dengan casis baharu ini. Saya telah berlumba dengan casis tesrsebut dan banyak perkara positif yang kami dapat capai," katanya.

Saingan MotoGP akan berehat sebelum disambung pada MotoGP Austria yang akan berlangsung di Litar Red Bull Ring pada 8 Ogos ini.