[VIDEO] UMNO belum bersedia untuk PRU: Tajuddin

Tajuddin
Tajuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan UMNO belum bersedia untuk menempuh Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Menurut beliau, data juga menunjukkan parti tersebut memerlukan lagi setahun untuk menguatkan jentera bagi menghadapi PRU.

“Adakah anda dah bersedia dengan PRU? Saya lihat masih banyak senarai kawasan Parlimen yang tidak bersedia.

“Nama-nama besar pun ada yang masih belum mencapai tahap undi asas untuk menang. Kata nak jaga parti tapi kerja tak buat.

“Yang menang tipis pun, saya malas nak sebutlah. Kena jaga air muka kawan-kawan. Kita belum bersedia untuk PRU,” katanya dalam satu rakaman audio yang tersebar di media sosial pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN "Itu memang suara saya," kata Tajuddin

Dalam rakaman audio itu lagi, Tajuddin mempersoalkan ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.

“Siapa dia yang meninggalkan keputusan PAU? Yang saya tahu semua orang mahu mengekalkan dan melaksanakan keputusan PAU.

“Keputusan PAU adalah untuk kita menarik diri daripada kerajaan, tidak ada sebut kata nak tarik sokongan daripada Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

“Apakah ini ‘after court’ iaitu untuk mengambil tindakan mendesak apabila tarik sokongan daripada kerajaan nampak tak boleh jalan, jadi kita ubah sikit dengan tarik sokongan daripada Perdana Menteri,” soalnya.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikaikan keputusan yang diambil UMNO mungkin akan menjatuhkan parti itu sendiri.

“Kalau kita tarik diri sekarang, awak rasa kerajaan akan tumbang? Mereka mungkin akan mendapatkan sokongan DAP.

“Apa akan jadi pada UMNO? Jadi ini yang harus dipertimbangkan. Jangan keputusan kita nanti menyebabkan kehancuran kepada parti ini.

“Sejujurnya ada banyak keputusan yang kita buat dahulu salah. Masuk Perikatan Nasional salah. Muafakat Nasional kita tubuhkan tak dijaga baik, nak bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pun salah.

“Saya tak boleh ikut sahaja kerana kali ini bahananya boleh bawa kehancuran bagi UMNO,” tegasnya.

Rakaman tersebut turut dimuat naik di Facebook Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

"Terlihat di group sebelah... macam mana boleh keluar? YB MP Pasir Salak... berterus terang... ramai yang bersetuju, tapi...," tulis Annuar.

ARTIKEL BERKAITAN 30 Ahli Parlimen UMNO setuju Ahmad Zahid perlu letak jawatan

UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta