Susu tepung skim bernilai RM304,583 dari AS ditahan

Kontena membawa susu tepung skim dari Amerika Syarikat ditahan di Pelabuhan Pasir Gudang pada Isnin.
Kontena membawa susu tepung skim dari Amerika Syarikat ditahan di Pelabuhan Pasir Gudang pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan sebuah kontena membawa 24,925 kilogram (kg) susu tepung skim bernilai RM304,583 dari Amerika Syarikat di Pelabuhan Pasir Gudang pada Isnin.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, kontena terbabit dikesan sewaktu pemeriksaan dijalankan pegawainya pada jam 12 tengah hari.

"Hasil pemeriksaan lanjut telah mendapati nombor 'establishment' yang dinyatakan di dalam sijil kesihatan yang diikrar serta pada label bungkusan adalah berbeza.

"Kesemua 997 beg susu tepung skim itu ditahan untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut Hizzuan, perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian dengan memberikan permit, lesen, perakuan atau dokumen lain yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan kepada Jabatan Maqis adalah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel Berkaitan: