Beberapa kawasan di Raub dilanda banjir

Sebuah rumah penduduk di Raub hampir ditenggelami banjir selepas hujan lebat lebih tiga hari ketika tinjauan udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada 4 Januari lepas. - Foto Bernama

A
A
A

KUANTAN - Hujan lebat berterusan sejak petang Isnin menyebabkan beberapa kawasan di Raub dilanda banjir, menyaksikan 241 mangsa daripada 63 keluarga terpaksa dipindahkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar daerah itu setakat jam 8 pagi Selasa.

Portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan mangsa paling ramai ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Kundang Patah iaitu 114 orang daripada 30 keluarga, diikuti Dewan Serbaguna Kampung Pia sebanyak 58 orang (16 keluarga) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai, 37 mangsa (sembilan keluarga).

Sementara itu, pusat pemindahan Masjid Kampung Kuala Semantan pula menempatkan 16 mangsa daripada lima keluarga, manakala Balai Raya Kampung Gesing, Balai Raya Kampung Sengkela dan Dewan Orang Ramai Kampung Chenua menempatkan sebuah keluarga dengan jumlah mangsa 16 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: