Covid-19: WHO dakwa berbahaya guna dua dos vaksin berbeza

Soumya Swaminathan - Foto AFP
Soumya Swaminathan - Foto AFP
A
A
A

GENEVA - Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Soumya Swaminathan pada Isnin menentang penggunaan dua dos vaksin Covid-19 yang berbeza untuk orang ramai.

Beliau turut menganggap amalan penggunaan dua dos vaksin berlainan itu adalah merupakan satu trend yang berbahaya.

Ini adalah disebabkan oleh bilangan data kesihatan yang ketika ini adalah kecil tentang penggunaan dua dos vaksin Covid-19 yang berbeza itu.

Pada satu sidang akhbar di Geneva, beliau berkata, terdapat kajian sedang dilakukan terhadap penggunaan dua dos vaksin yang berbeza itu.

"Kita perlu menunggu (hasil kajian penggunaan dua dos vaksin yang berbeza).

"Kemungkinan ia adalah pendekatan yang amat baik," katannya pada sidang akhbar itu.

Namun, ujar Swaminathan, ketika ini pihaknya hanya mempunyai data tentang kegunaan dua dos vaksin Covid-19 yang berbeza iaitu Oxford/AstraZeneca dengan Pfizer.

Justeru katanya, amalan yang kelam-kabut akan berlaku jika orang ramai mula membuat keputusan bila dan siapa yang akan menerima dos kedua, ketiga dan keempat vaksin Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Pada bulan lalu, Canselor Jerman, Angela Merkel menerima dos kedua Moderna setelah menerima suntikan pertama AstraZeneca bagi menghalang penularan Covid-19 di negaranya.

Pakar-pakar percaya dua dos vaksin yang berlainan itu merupakan idea baik kerana ia memberikan imuniti lebih lama terhadap daya tahan badan ketika menentang Covid-19. - Agensi