Annuar Musa dedah pertemuan Zahid dengan pemimpin PKR

Gambar yang dikongsi Annuar di Twitter beliau.
Gambar yang dikongsi Annuar di Twitter beliau.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dedah Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, turut menyertai pertemuan itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

"Makan sedulang memang sedap... Lebih- lebih lagi kalau dapat dining di restoran musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)," sinis Annuar menerusi Twitternya lewat malam Isnin.

Annuar pada Isnin dikompaun RM2,000 selepas polis mendapati Menteri Wilayah Persekutuan itu melanggar SOP kerana berkunjung ke kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Annuar Musa dikompaun RM2,000

Artikel Berkaitan: