X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

Team Azyma Care Kota Bharu bantu rakyat terjejas

Orang ramai beratur dengan SOP ditetapkan ketika mengambil agihan sumbangan daripada Team Azyma Care Kota Bharu pada Ahad.
A
A

KOTA BHARU - Menyedari kesulitan dihadapi rakyat ketika pandemik Covid-19 yang masih belum reda di negara ini, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Team Azyma Care Kota Bharu tampil menghulurkan bantuan.

NGO terbabit menyumbangkan set bakul makanan kepada 1,000 penerima di Pejabat Penggawa Daerah Kota Bharu di sini pada Ahad.

Pengurus NGO Team Azyma Care Kota Bharu, Umar Andy Kamaruddin berkata, bakul makanan tersebut diagihkan kepada orang perseorangan, wakil persatuan keluarga dan syarikat tempatan.

Ahli Team Azyma Care Kota Bharu tampil membantu rakyat terjejas semasa pandemik Covid-19 pada Ahad.
Ahli Team Azyma Care Kota Bharu tampil membantu rakyat terjejas semasa pandemik Covid-19 pada Ahad.

“Sumbangan menerusi Gerobok Rezeki ini terdiri daripada 500 set bakul beras dan makanan, selain 300 ekor ayam segar dan 100 ekor ayam bakar daripada Restoran Ayam Ppati.

“Pihak Pejabat Penggawa Daerah Kota Bharu turut membantu menguruskan senarai penerima yang layak mendapatkan sumbangan ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Umar Andy berkata, sumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

Sebanyak 300 ayam segar antara sumbangan yang disampaikan Team Azyma Care Kota Bharu pada Ahad.
Sebanyak 300 ayam segar antara sumbangan yang disampaikan Team Azyma Care Kota Bharu pada Ahad.

“Agihan sumbangan ini bagaimanapun dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan merekodkan bacaan suhu.

“Kita bercadang untuk meneruskan agihan bantuan sama pada masa depan dengan jumlah lebih banyak agar dapat membantu lebih ramai golongan terjejas,” tambah beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!