Dakwa segera individu hina Nabi: Noraini

Datuk Dr Noraini Ahmad
Datuk Dr Noraini Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Peguam Negara, Tommy Thomas didesak segera mendakwa individu yang menghina institusi Islam dan Nabi Muhammad SAW bagi memastikan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini terus terpelihara.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, tindakan tegas itu akan memberi isyarat jelas kepada semua pihak bahawa penghinaan bukan sahaja kepada Islam, tetapi agama-agama lain juga merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi.

“Peguam Negara (Tommy) perlu serius menangani isu ini demi menjaga kesucian agama Islam dan sensitiviti penganutnya serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Tindakan yang adil dan tegas perlu diambil ke atas mana-mana individu yang sengaja melakukan penghinaan ke atas agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

“Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa perbuatan mempersendakan aagama adalah merupakan perbuatan jenayah yang tidak boleh diterima,”katanya.

Menurutnya lagi, tindakan polis membebaskan Foo Sing Wei, selepas ditahan kerana

memuat naik gambar karikatur berunsur penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aisyah di akaun Facebooknya telah mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Hina Nabi: PDRM digesa ambil tindakan segera

Individu hina Nabi ditahan

Hina Nabi: Desak ambil tindakan