X

Kindly register in order to view this article
!

Lebih 30 peratus kes harian Sabah berpunca kluster sedia ada

Sebanyak 94 kes atau 31.5 peratus daripada keseluruhan 298 kes positif kes Covid-19 yang direkodkan di Sabah hari ini dikesan daripada jangkitan kluster sedia ada. Gambar hiasan
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak 94 kes atau 31.5 peratus daripada keseluruhan 298 kes positif kes Covid-19 yang direkodkan di Sabah hari ini dikesan daripada jangkitan kluster sedia ada, kata Menteri Kerajaan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata, 37 kes dikesan daripada jangkitan Kluster Kayu Patikang, Kluster Serudung Baru (21), Kluster Siasai Dundau dan Kluster Taman Perindustrian Kota Kinabalu Empat Timur masing-masing 11 kes dan Kluster Tanjung Pitas mencatatkan tujuh kes.

Selain itu katanya, Kluster Lumadan mencatatkan lima kes serta Kluster Bahtera Barat dan Kluster Limbawang masing-masing satu kes.

"Tiada kluster baharu direkodkan hari ini, 115 kes pula dikesan melalui saringan kontak rapat, saringan bersasar 43 kes, saringan bergejala 26 kes, dan 20 kes dikesan dari saringan lain," katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Mengenai pemberian vaksin Covid-19, Masidi berkata, 415,835 dos pertama dan 303,055 dos kedua vaksin itu telah diberikan kepada penduduk Sabah setakat Isnin. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!