Wanita dikehendaki bantu perbicaraan kes dadah

Roslizawati
Roslizawati
A
A
A

DUNGUN- Seorang wanita diburu pihak polis untuk membantu siasatan dan perbicaraan kes dadah yang berlaku di daerah ini

Roslizawati Zakaria, 40, dikehendaki polis untuk perbicaraan kes berkait Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Majistret Dungun.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, perbicaraan kes dijadualkan berlangsung pada 26 Februari 2019 (esok).

Menurutnya, wanita berkenaan beralamat dari Felda Rasau Kerteh 6, Ketengah Jaya.

"Polis sedang mengesan wanita tersebut yang dikehendaki bagi membantu memberi keterangan di mahkamah berhubung kes yang disiasat mengikut Seksyen 39A(1)ADB 1952.

"Kita minta kerjasama orang ramai atau mana-mana individu membantu menyalurkan maklumat kepada polis," katanya.

Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat tentang wanita berkenaan boleh tampil ke Ibu Pejabat Polis daerah Dungun atau balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Muhamad Hafifi di talian 013 4459765 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: