X

Kindly register in order to view this article
!

14 lokaliti di Pahang, Sarawak, Johor, Sabah dikenakan PKPD

14 lokaliti melibatkan negeri Pahang, Sarawak, Johor dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 14 Julai hingga 27 Julai ini.
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 14 lokaliti melibatkan negeri Pahang, Sarawak, Johor dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 14 Julai hingga 27 Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara lokaliti yang terbabit ialah Felda Lembah Klau, Mukim Gali, Raub, Pahang; Kampung Kendaie dan Kampung Bukit Batu, Lundu, Kuching, Sarawak dan Felda Maokil, Muar, Johor.

Menurutnya, di Sabah pula melibatkan Taman Muhibbah Fasa Satu,Dua dan Tiga, Beaufort; Kawasan Sekitar Kampung Patikang Ulu, Keningau iaitu Kampung Patikang Ulu, Pusat Memandu IDA, Penempatan warga Indonesia, Kilang dan Kuarters Focus Lumber, Veracity dan Hasil Jadi.

“Turut terlibat lokaliti di Penampang ialah Kampung Madsiang dan Apartment Beverly Hills Fasa Dua serta Kampung Kobusak, Penampang, Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di CLQ Gamuda Garden, Kundang Jaya, Rawang, Selangor dan Flat Taman Benus Jaya, Bentong, Pahang.

Tambahnya, kedua-dua lokaliti itu dijadualkan tamat pada 13 Julai namun dilanjutkan kepada 19 Julai bagi CLQ Gamuda Garden dan 27 Julai bagi Flat Taman Benus Jaya.

Sementara itu, beliau berkata, PKPD di di 10 lokaliti termasuk Taman Murni, Sepang; Pangsapuri Sri Ayu, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat dan CLQ Johan Setia, Kampung Johan Setia, Klang, Selangor dan Kampung Tematu, Jalan Batu Kitang, Kuching, Sarawak ditamatkan pada 13 Julai.

Tambahnya, di Sabah pula, turut tamat PKPD ialah lokaliti di; Kampung Linukaan, Kota Marudu; Kampung Perpaduan Gumpa, Kampung Perpaduan 2, Kampung Timbagaan, Matunggong, Kudat, Sabah.

“Rumah Pekerja Ladang Sungai Balung, Tawau dan Kuarters Kilang Bata Kampung Durok, Kampung Limbawan Sayur, Keningau juga tamat pada tarikh yang ditetapkan iaitu 13 Julai,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata,17 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Katanya, ia hasil daripada pemeriksaan ke atas 2,087 buah kilang, 16,086 premis perniagaan, 625 tapak pembinaan dan 449 buah asrama penempatan pekerja.

“Semalam (Ahad) Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 78,975 pemeriksaan dan 'snap check' Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,477 orang,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!