Jazeman gegar Litar Monza

Jazeman (kanan) dan Sean menduduki tangga ketiha perlumbaan ‘4 Hours of Monza’ di Litar Monza, Itali malam tadi.
Jazeman (kanan) dan Sean menduduki tangga ketiha perlumbaan ‘4 Hours of Monza’ di Litar Monza, Itali malam tadi.
A
A
A

BERMULA dari petak ke-11, pelumba negara, Jazeman Jaafar beraksi cemerlang untuk menaiki podium pertamanya pada perlumbaan ‘4 Hours of Monza’ di Litar Monza, Itali malam tadi.

Pelumba berusia 28 tahun itu dan pasangannya dari Indonesia Sean Galael, yang mewakili pasukan Jota Racing, melengkapkan 125 pusingan dengan catatan masa empat jam, satu minit dan 31.344 saat, untuk kedudukan ketiga pada European Le Mans Series (ELMS) tersebut.

Dua pelumba Asia Tenggara itu, ketinggalan 34.420s di belakang juara Julien Canal, William Stevens dan James Allen dari Panis Racing yang mencatatkan 4:00:56.924s, manakala pasukan United Autosports dibarisi Philip Hanson, Jonathan Aberdein dan Tom Gamble, meraih tempat kedua dengan 4:01:02.055.

Jazeman, bekas pelumba Formula Tiga berkata, selepas lama berehat susulan pandemik Covid-19, dia bangga dengan peluang yang diperolehi untuk mewakili Malaysia, sebagai pasukan Asia di ELMS.

“Alhamdulillah, saya rasa banggga kerana kami dapat menduduki podium, dari kedudukan ke-11. Kami bermula dengan banyak perkiraan dan latihan, disebabkan persaingan di ELMS memang tinggi, dengan kebanyakan bekas pelumba F1 (Formula 1), ada pelumba uji F1.

“Tetapi kita membuat strategi yang terbaik, pit stop yang terbaik dan bekerjasama sepasukan untuk mendapat keputusan seperti ini,” katanya menerusi satu video selepas perlumbaan tersebut.

Jazeman turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan sehingga sasarannya untuk mendapat podium tercapai. - Bernama

Artikel Berkaitan: