X

Kindly register in order to view this article
!

Sarawak beralih ke Fasa Dua PPN bermula 14 Julai

Ismail Sabri Yaakob
A
A

SHAH ALAM- Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi negeri Sarawak kepada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa 14 Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama yang telah ditetapkan.

“Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menampakkan impak positif di beberapa negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah yang kini berjaya melangkah dari fasa satu ke fasa dua.

“Sidang Khas MKN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri-negeri di bawah PPN oleh Kementerian Kewangan.

“Setelah semua agensi terlibat termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti nilai-nilai ambang, Sidang Khas MKN bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi negeri Sarawak daripada fasa satu ke fasa dua berkuat kuasa mulai 14 Julai 2021,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Selain itu, beliau berkata, Sidang Khas MKN turut bersetuju untuk memberi kebenaran kepada semua outlet pusat perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi di dalam pusat membeli-belah dan pasaraya besar untuk beroperasi sepanjang PPN bermula 13 Julai.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!