Usahawan India disaran teroka industri halal: Rodziah

Rodziah ketika merasmikan program Sitham 2021 secara dalam talian pada Isnin.
Rodziah ketika merasmikan program Sitham 2021 secara dalam talian pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Usahawan-usahawan India yang menyertai Program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) disarankan untuk meneroka industri halal bagi memperluaskan pasaran mereka di dalam negara, khususnya di Selangor.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, pelbagai latihan dan pendedahan akan diberikan kepada peserta-peserta di bawah program Sitham bagi membolehkan mereka menembusi pasaran halal.

Menurutnya, industri halal merupakan satu perkara penting bagi umat Islam dan wajar diteroka untuk mendapatkan pasaran yang lebih luas kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.

“Kita juga akan memasukkan pelbagai latihan sebagai pendedahan bagaimana untuk mendapat sijil-sijil Halal dan cara untuk menembusi pasaran Halal baik secara langsung atau tidak langsung,” katanya ketika merasmikan program Sitham 2021 secara dalam talian di sini pada Sabtu.

Rodziah berkata, seramai 1,000 peserta menikmati pelbagai manfaat daripada program-program di bawah Sitham sejak ia dilancarkan pada September tahun 2019.

Ujarnya, seramai 2,000 peserta dijangka menyertai program tersebut pada akhir Ogos depan dan permohonan dibuka mulai Isnin sehingga 12 Ogos ini dengan pelaksanaan pihak Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) serta Unit Perancang Ekonomi Selangor pada 20 Ogos hingga akhir tahun ini.

“Kita akan terus berkerjasama dengan Hijrah Selangor untuk memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi memastikan program yang dirancang di bawah inisiatif tersebut dapat dijalankan sebaiknya.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada pihak Hijrah Selangor dengan mengkhususkan satu bantuan pinjaman mikro kredit khas untuk kaum India dan ia merupakan satu perkembangan bagus untuk memastikan kebajikan dan keusahawanan dapat ditangani dengan baik,” katanya.

Artikel Berkaitan: