Lebih 4,000 lapor diri, CAC Stadium Malawati seperti medan perang

Individu positif Covid-19 berpusu-pusu untuk melaporkan diri di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam pada Isnin.
Individu positif Covid-19 berpusu-pusu untuk melaporkan diri di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati, Seksyen 13, di sini sudah seperti berada dalam suasana peperangan apabila ribuan individu positif Covid-19 berpusu-pusu untuk melaporkan diri pada Isnin.

Lebih menyayat hati apabila kanak-kanak dan bayi antara yang disyaki positif turut beratur dan terpaksa berpanas sejak jam 11 pagi bagi melakukan penilaian kesihatan sebelum dilihat beredar kira-kira jam 3 petang.

Pengurus Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) yang juga koordinator bagi kemudahan fasiliti diperlukan oleh CAC, Ahmad Sayuti Bashiron berkata, keadaan itu adalah yang paling buruk dalam sejarah CAC setakat ini.

Lebih menyayat hati apabila kanak-kanak dan bayi antara yang disyaki positif Covid-19 turut beratur bagi melakukan penilaian kesihatan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam pada Isnin.

"Jangkaan hadir ialah 3,516 orang tetapi ia tidak berhenti lagi dan melangkaui angka 4,000. Hari ini dalam sejarah dan kali pertama orang paling ramai. Suasana juga sudah hampir seperti (dalam) suasana perang," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian sejak jam 12 tengah hari sehingga jam 3 petang mendapati orang ramai masih beratur dan ada juga yang menunggu di kerusi disediakan di kawasan parkir kenderaan bersebelahan dengan Stadium Malawati.

Suasana di dalam dewan utama Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam pada Isnin.
Suasana di dalam dewan utama Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam pada Isnin.

Bagaimanapun, setakat ini, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara terbabit.

Artikel Berkaitan: