X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

40 warga kerja PNSB terima suntikan vaksin menerusi SelVAX

Antara kakitangan PNSB yang menerima suntikan vaksin dos pertama pada 8 Julai lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Evo Mall, Bandar Baru Bangi.
A
A

SHAH ALAM - Seramai 40 warga kerja Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bakal melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 dos kedua pada 29 Julai ini menerusi Program Vaksin Selangor (SelVAX).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berkata, pihaknya menawarkan peluang pemberian vaksin menerusi SelVAX kepada kakitangan mereka yang belum menerima sebarang janji temu suntikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau berkata, sejumlah besar warga kerja mereka sebelum ini telah menerima janji temu menerusi aplikasi MySejahtera dan baki 40 peratus lagi telah mendaftar menerusi SelVAX.

"Kesihatan dan keselamatan warga kerja PNSB merupakan keutamaan syarikat dikala serangan pandemik ini.

"PNSB merasa terpanggil untuk menyokong inisiatif SelVAX bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada warga kerja demi kesejahteraan semua," katanya menerusi satu kenyataan, pada Isnin.

Program SelVAX yang dilancarkan oleh kerajaan Selangor telah bermula sejak Jun lalu dan diuruskan oleh Selgate Corporation sebagai pelengkap kepada pelaksanaan PICK.

Selain PNSB, KDEB Waste Management juga menjadi antara organisasi yang turut sama dalam inisiatif SelVAX tersebut.

Dalam pada itu, Raja Ahmad berkata, pihaknya percaya lebih banyak anak syarikat kerajaan negeri akan turut sama dalam program berkenaan bagi membolehkan imuniti kelompok segera dicapai.

"Dengan mempercepatkan pemberian vaksin ini, kita boleh mencapai imuniti kelompok dengan segera.

"Disebabkan itu, kita di PNSB juga tidak mahu ketinggalan untuk turut sama menyokong usaha kerajaan negeri menerusi SelVAX ini," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!