X

Kindly register in order to view this article
!

‘Budak sekolah’ RM4.50 sekilo di Simpang Renggam

Rambutan 'budak sekolah' dijual pada harga RM4.50 sekilogram. Foto: FB Dr Maszlee Malik
A
A

KLUANG - Bagi peminat ‘budak sekolah’ khususnya di kawasan Simpang Renggam, mereka boleh singgah dan membelinya di sebuah gerai yang terletak di Jalan Machap di sini.

Bagaimanapun, ‘budak sekolah’ yang dimaksudkan bukanlah kanak-kanak yang bersekolah, sebaliknya sejenis rambutan.

Keunikan rambutan itu dikongsikan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik yang secara kebetulan singgah ke sebuah gerai sewaktu turun padang ke kawasan Parlimennya.

Menurutnya Maszlee, dalam kesibukannya mengagihkan bakul makanan, dia mengambil peluang menjenguk para usahawan kecil dan usahawan tani tempatan.

Maszlee (kiri) singgah ke gerai Pak Samad di Jalan Machap dekat Simpang Renggam, Kluang. (Foto: FB Dr Maszlee Malik)
Maszlee (kiri) singgah ke gerai Pak Samad di Jalan Machap dekat Simpang Renggam, Kluang. (Foto: FB Dr Maszlee Malik)

“Saya sempat singgah sebentar menjenguk kedai buah Pak Samad di Jalan Machap di dalam kawasan Parlimen Simpang Renggam. Pak Samad merupakan seorang usahawan muda tani yang gigih.

“Pelbagai buah-buahan tempatan, terutamanya durian pelbagai jenis (musang king, kampung, kahwin, udang merah dan tekka) serta rambutan (gading, kampung dan budak sekolah) ada dijual. Rupa-rupanya ‘budak sekolah’ tu jenis rambutan,” kongsinya dalam satu catatan di Facebook pada Isnin.

Pak Samad menjual rambutan 'budak sekolah' pada harga RM4.50 sekilogram dan difahamkan, ia adalah klon rambutan R191 dan isinya dikatakan sedap dimakan kerana isi yang lekang dan testa yang kurang atau tidak melekat pada isi.

Ia dikatakan berasal dari Thailand dan telah didaftarkan pada 1 Jun 1981.

Beliau juga sempat mempromosikan ‘budak sekolah’ dan meminta sesiapa yang berada di Simpang Renggam, Machap atau Ayer Hitam untuk singgah ke gerai Pak Samad.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!