Kes dera remaja OKU, polis lengkapkan kertas siasatan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang anak istimewa yang menghidap sindrom down disyaki didera di sebuah rumah kebajikan didiaminya sejak setahun lalu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang anak istimewa yang menghidap sindrom down disyaki didera di sebuah rumah kebajikan didiaminya sejak setahun lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes penderaan remaja perempuan berusia 13 tahun di sebuah rumah penjagaan di Wangsa Maju.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusof berkata, pihaknya telah merakam keterangan beberapa individu termasuk pemilik rumah penjagaan itu.

"Kita telah merakam keterangan beberapa individu, kini kita sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN:Tular video didera, hak penjagaan adik Bella dilucut serta merta

Pada 6 Julai, polis menahan seorang wanita pada Selasa bagi membantu siasatan berkaitan kes penderaan itu.

Saiful Annuar dalam kenyataan memaklumkan, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 24 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Remaja OKU didakwa didera: Seorang wanita ditahan bantu siasatan

Mangsa adalah orang kurang upaya (OKU) sindrom down mengalami kesan melecur di dada, tangan, leher dan paha serta kesan luka di bahagian badan lain.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Anak istimewa disyaki didera di rumah kebajikan