Covid-19 catat penurunan, 8,574 kes baharu hari ini

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 di Malaysia mencatatkan sedikit penurunan dengan 8,574 kes pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan ialah sebanyak 844,870 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 8,534 kes membabitkan kes tempatan.

“Sebanyak 7,087 kes melibatkan warganegara dan 1,447 bukan warganegara.

“Kes import yang dicatatkan pula ialah sebanyak 40 kes di mana ia melibatkan 36 warganegara dan empat bukan warganegara,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Noor Hisham berkata, dari segi kes sembuh pula, ia melibatkan sebanyak 5,041 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh ialah 747,338 kes.

Menurutnya, sebanyak 964 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 452 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 102 kes kematian dicatatkan pada Isnin iaitu melibatkan seramai 97 warganegara dan lima bukan warganegara," katanya.

Tambah beliau, kematian akibat Covid-19 pada Isnin membabitkan sebanyak 46 kes di Selangor, diikuti Kuala Lumpur (16), Negeri Sembilan (14), Pahang (tujuh), Johor (enam), Kedah (tiga), Melaka (tiga), Sabah (dua), Pulau Pinang (dua) dan masing-masing satu kes di Kelantan, Perak dan Sarawak.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 91,272 kes aktif dan 16 kluster baharu dicatatkan pada Isnin.

“Jumlah kluster yang telah tamat ialah 2,228 kluster dan jumlah kluster aktif ialah 865 kluster,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Selangor kekal mencatatkan negeri yang tertinggi dengan 4,308 kes, diikuti Negeri Sembilan (794), Kuala Lumpur (609), Kedah (415), Melaka (411), Johor (407) dan Pahang (314).

Selain itu, katanya, Sabah merekodkan sebanyak 298 kes, selain Sarawak (235), Pulau Pinang (231), Perak (168), Terengganu (140), Kelantan (133), Labuan (66), Putrajaya (45), manakala Perlis tiada kes membabitkan Covid-19.