X

Kindly register in order to view this article
!

Polis Johor bongkar taktik pelacuran guna Michat

Ayob Khan ( kanan) menunjukkan warga asing yang terlibat dengan sindiket pelacuran yang berjaya ditumpaskan di sekitar Johor Bahru.
A
A

JOHOR BAHRU - Taktik sindiket pelacuran mengiklan dan mempromosi kegiatan itu di aplikasi Michat terbongkar susulan penangkapan 26 individu di tujuh premis di sekitar bandar raya ini pada Sabtu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bertindak atas risikan, bahagian jenayah D7 dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) melibatkan enam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah membuat serbuan Op Noda antara jam 6.30 petang hingga 10 malam.

Dalam serbuan itu, polis menahan lapan lelaki tempatan dan dua lelaki warga India bertindak sebagai penghantar dan penjaga premis.

"Polis turut menahan 16 pekerja seks yang terdiri daripada warga Vietnam dan Thailand termasuk seorang wanita tempatan.

Kesemua yang ditahan berusia 21 hingga 54 tahun.

"Selain itu, polis merampas 37 unit telefon, 346 kondom, empat botol minyak pelincir, empat helai tuala, tiga tisu basah, satu gulung tisu, dua tiub KY Jelly, enam resit 'homestay', empat buah kereta yang digunakan penghantar dan wang tunai RM14,511," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Isnin.

Ayob Khan berkata, sindiket yang beroperasi sejak Mei lalu menggunakan aplikasi Michat untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

"Ahli sindiket akan memberikan beberapa gambar pekerja seks wanita kepada pelanggan untuk dipilih sebelum memberikan lokasi pertemuan di beberapa lokasi seperti di hotel bajet, apartmen dan rumah.

"Pelanggan perlu membayar antara RM200 hingga RM300 mengikut pekerja seks yang dipilih dan bayaran dibuat kepada penghantar.

Antara barang rampasan daripada sindiket pelacuran menggunakan Michat di sekitar Johor Bahru.
Antara barang rampasan daripada sindiket pelacuran menggunakan Michat di sekitar Johor Bahru.

Setiap pekerja seks akan dibayar antara RM100 hingga RM120 bagi setiap perkhidmatan manakala penghantar dibayar antara RM4 hingga RM10 mengikut penghantaran dan jarak," katanya.

Tambah Ayob Khan, kesemua yang ditangkap disiasat mengikut Seksyen 373 dan 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) dan 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Pekerja seks warga Vietnam dan Thailand ini berada di Johor sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menggunakan visa sosial.

"Bagi tangkapan warga tempatan telah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan mahkamah membenarkan reman antara tiga hingga enam hari.

"Sementara warga asing yang ditangkap ditahan di bawah akta imigresen selama dua minggu bermula Ahad," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!