X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Petrol percuma untuk penghantar makanan

Penghantar makanan beratur bagi mengisi petrol sebelum melakukan penghantaran di Petronas Tanjung Lumpur, pada Isnin.
A
A

KUANTAN - Penghantar makanan bermotosikal di sekitar Kuantan boleh mengisi petrol secara percuma di Stesen Petronas, Tanjung Lumpur bermula Isnin sehingga Jumaat ini.

Yang Dipertua Kelab Keluarga Yayasan Pahang, Onn Abdul Rahman berkata, inisiatif tersebut untuk membantu meringankan beban kewangan mereka yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19.

Menurutnya, kira-kira 200 penghantar makanan menerima manfaat itu dan pihaknya menjangkakan jumlah tersebut bertambah, namun agihan bergantung kepada nilai sumbangan yang diperoleh.

"Kita menganggap mereka sebagai ‘unsung hero’ yang perlu diraikan dan bantuan ini membantu meringankan beban mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas program Free Petrol For Food Delivery Riders, di stesen minyak Tanjung Lumpur, pada Isnin.

Menurut Onn, sebanyak RM2,000 diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut dan kutipan merupakan hasil sumbangan daripada kakitangan Yayasan Pahang.

Sementara itu, Saufi Naqman, 22, berkata, inisiatif oleh Yayasan Pahang itu disambut baik dalam usaha membantu meringankan beban kewangan penghantar makanan.

"Setiap hari saya terpaksa mengeluarkan wang sebanyak RM15 untuk mengisi petrol dan pada hari ini (Isnin) saya dapat menjimatkan sedikit wang.

"Kebiasaan saya terpaksa mengisi minyak tiga kali sehari kerana membuat penghantaran ke pelbagai lokasi di sekitar daerah ini," katanya yang memulakan kerja bermula 8 pagi hingga 8 malam pada setiap hari.

Bagi Muhammad Saiful Anwar, 25, pula, dia berterima kasih kepada Yayasan Pahang di atas pemberian petrol percuma itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!