Lelaki warga asing kacau suri rumah, pukul lelaki diberkas

Mohamad Farouk
Mohamad Farouk
A
A
A

AMPANG - Seorang lelaki warga ditahan kerana mengganggu seorang suri rumah dan memukul seorang lelaki di hadapan rumah kedai di Jalan Cahaya 14 di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian pada jam 6.30 petang itu, wanita berusia 24 tahun berkenaan telah menghubungi adik iparnya berkaitan gangguan lelaki warga asing itu.

"Lelaki berusia 22 tahun yang berada di tingkat atas rumah berkenaan kemudian turun ke tempat kejadian.

"Lelaki itu telah menegur suspek dengan cara yang baik, namun suspek berusia 36 tahun telah menggigit jari mangsa kemudian mengambil 'fort lock' motosikal dan memukul lengan lelaki itu," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Mohamad Farouk berkata, mangsa mengalami kecederaan sakit pada lengan dan luka kecil pada jari.

"Punca kejadian adalah suspek menganggu kakak ipar mangsa dengan bertanyakan alamat dan butiran diri wanita tersebut," katanya.

Mohamad Farouk berkata, suspek telah direman sehingga 23 Julai bagi membantu siasatan.

"Semakan lanjut juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Farouk memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.

"Kes turut disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021," katanya.