Mayat lelaki ditemukan terapung dalam tali air

Mayat lelaki yang masih memakai topi keledar ditemui bersebelahan motosikalnya dalam tali air.
Mayat lelaki yang masih memakai topi keledar ditemui bersebelahan motosikalnya dalam tali air.
A
A
A

KEPALA BATAS - Mayat seorang penunggang motosikal ditemukan terapung di dalam tali air di Permatang Kerai Kecil, di sini pada pagi Isnin.

Mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemui orang awam kira-kira jam 8.15 pagi selepas dilaporkan terbabas dan terjunam ke dalam tali air berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa yang berasal dari Taman Pokok Sena Indah dipercayai terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam tali air.

Menurutnya, mayat mangsa ditemukan masih memakai topi keledar bersebelahan dengan motosikal jenis Honda Ex-5.

"Pegawai siasatan trafik yang ke lokasi kejadian mendapati kemalangan tidak membabitkan kenderaan lain.

"Bagaimanapun, polis mendapati terdapat kesan kelar di bahagian kanan kepala mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Noorzainy berkata, kes berkenaan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah untuk tindakan lanjut dan perkembangan berkaitan akan dimaklumkan.

Artikel Berkaitan: