X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Lelaki hina TMJ ditahan

Ayob Khan ketika sidang akhbar di IPK Johor di sini pada Isnin.
A
A

JOHOR BAHRU- [DIKEMAS KINI] Polis Johor menahan seorang lelaki di Batu Pahat pada Ahad kerana mengeluarkan kata- kata jelik di laman Instagram bagi menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pembantu gerai buah-buahan itu ditahan di rumahnya di Ayer Hitam, Batu Pahat pada jam 9.30 malam.

Katanya, penahanan itu dibuat berikutan laporan polis yang dibuat pada Ahad di Kangkar Pulai berhubung video dimuatnaik suspek dalam laman Instagram atas nama amirul_naito.

"Seterusnya polis menerima sembilan lagi laporan berhubung perkara yang sama. Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) kemudiannya bertindak menangkap suspek.

"Suspek mempunyai rekod jenayah dan pernah ditangkap di bawah mengugut dan khianat," katanya ketika sidang akhbar di IPK Johor di sini pada Isnin.

Ayob Khan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 dan 509 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Saya seru semua agar gunakan media sosial dengan sebetulnya dan bukan perkara yang boleh timbulkan kemudaratan. Balik semula kepada rukun negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!