Jangan lakukan pembakaran terbuka

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar, tidak melakukan pembakaran terbuka dan minum air secukupnya berikutan cuaca panas yang dijangka berakhir penghujung Mac ini.

Dalam kenyataannya hari ini, MMD turut menasihati orang ramai untuk terus peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial MMD.

"Negara kini berada pada penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir hujung Mac ini, dan dalam tempoh ini ia akan menyebabkan ketiadaan hujan atau taburan hujan yang rendah dalam tempoh yang lama.

“Justeru orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati melakukan aktiviti luar, tidak melakukan pembakaran terbuka dan minum air secukupnya serta terus peka dengan perubahan cuaca," katanya.

MMD akan terus memantau keadaan cuaca di seluruh negara dan mengemukakan laporan kepada agensi terlibat untuk tindakan penguatkuasaan berkaitan keadaan cuaca panas, di samping akan sentiasa mengemas kini status gelombang haba setiap hari dan peta itu boleh diperoleh di laman web jabatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: