Tiada iklan permohonan terbuka rumah mampu milik, bantuan SPP: KPKT

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Isnin menafikan membuat tawaran iklan Permohonan Terbuka Rumah Mampu Milik Serendah RM30,000 Skim Myhome & Mydeposit 2021 dan Bantuan RM60,000 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri, di bawah Skim Pinjaman Perumahan (SPP).

KPKT membuat penjelasan tersebut dalam kenyataan itu susulan terdapat aduan dan pertanyaan orang ramai berhubung iklan palsu yang tular baru-baru ini.

KPKT berkata, hanya permohonan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Penjawat Awam, Perumahan PR1MA dan Syarikat Perumahan Negara Berhad sahaja dibuka oleh KPKT.

Susulan kekeliruan orang ramai mengenai harga tawaran bagi Program PPR Dimiliki, KPKT menjelaskan bahawa harga jualan setiap unit yang ditetapkan adalah RM35,000 di Semenanjung, manakala RM42,000 di Sabah dan Sarawak.

Maklumat tepat mengenai program serta skim terkini yang ditawarkan KPKT boleh didapati di laman sesawang rasmi kementerian https://www.kpkt.gov.my, laman sesawang Jabatan Perumahan Negara https://ehome, kpkt.gov.my dan https://teduh.kpkt.gov.my. - Bernama

Artikel Berkaitan: