Ratusan penerbangan di Beijing dibatalkan

Bandar raya Beijing dijangka berdepan dengan ribut hujan diikut dengan kilat dari lewat Ahad hingga ke petang Isnin. - Foto CFP
Bandar raya Beijing dijangka berdepan dengan ribut hujan diikut dengan kilat dari lewat Ahad hingga ke petang Isnin. - Foto CFP
A
A
A

BEIJING - Ratusan penerbangan di Beijing dibatalkan manakala sekolah-sekolah dan lokasi pelancongan ditutup ekoran hujan lebat dan angin kencang yang berlaku pada Isnin.

Pihak berkuasa bandar raya itu mengeluarkan amaran kepada penduduk untuk tinggal di dalam rumah masing-masing ketika ibu negara China tersebut berdepan dengan ribut terkuat pada tahun ini.

Taburan hujan sebanyak 100 milimeter dijangkakan berlaku di beberapa kawasan manakala kira-kira 700 penerbangan dibatalkan di sekurang-kurangnya di dua lapangan terbang di bandar raya berkenaan, menurut laman sesawang yang mengesan pergerakan penerbangan, VariFlight.

Pihak berkuasa agensi ramalan kaji cuaca memberi amaran bahawa ribut hujan yang ekstrem diikuti dengan kilat dan dari lewat Ahad hingga petang Isnin di Beijing dan kawasan-kawasan yang berjiran dengannya.

Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di sebuah daerah di utara Beijing dengan stesen televisyen kerajaan CCTV yang menunjukkan imej sebatang jalan raya dihalang oleh batu-batu.

Menurut stesen televisyen kerajaan, hujan lebat menghalang usaha untuk mengalihkan batu-batu dari jalan raya tersebut.

Kanak-kanak dilaporkan duduk di rumah masing-masing ketika tadika, sekolah rendah dan menengah ditutup pada Isnin.

Tempat-tempat pelancongan yang popular termasuk sebahagian Tembok Besar Cina turut ditutup manakala beberapa daerah menggantung operasi 'homestay' di kawasan luar bandar. - Agensi

Artikel Berkaitan: