[VIDEO] Pekerja kilang, pembuatan wajib jalani saringan 2 kali seminggu

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM – Semua pekerja sektor perkilangan dan pembuatan diwajibkan menjalani ujian saringan Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu bermula 7 Julai lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah tersebut bertujuan memperketatkan lagi syarat kebenaran pengoperasian kilang di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Selangor.

“Langkah awal ini dilihat mampu mengenal pasti kes jangkitan Covid-19 dengan lebih awal selain dapat memastikan hanya pekerja yang disahkan negatif dibenarkan untuk ke tempat kerja.

“Pihak majikan perlu memberikan kerjasama dan tanggungjawab bagi menanggung sepenuhnya kos saringan tersebut,” katanya melalui status di Facebooknya pada Isnin.

Azmin turut meminta majikan tidak mengambil kesempatan di atas peluang yang diberikan oleh pihak kementerian.

“Perkara ini amat dikesali kerana ramai yang tidak patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) serta memandang ringan tentang perkara ini.

“Apa yang pasti, langkah penjagaan SOP yang ketat perlu seiring dengan tindakan secara praktikal bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 dari terus merebak terutama di tempat kerja,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: