Golongan berkemampuan diminta tampil bagi bantuan

Setakat Ahad, sebanyak 170 bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk terlibat oleh Jasvir Singh.
Setakat Ahad, sebanyak 170 bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk terlibat oleh Jasvir Singh.
A
A
A

BENTONG - Golongan berkemampuan diminta turut memainkan peranan mereka untuk tampil menghulurkan bantuan di kawasan masing-masing.

Pegawai Khas Menteri Besar Pahang, Datuk Jasvir Singh Ram Singh berkata, tindakan tersebut dapat memastikan tiada penduduk yang terbeban dan terputus bekalan makanan sehingga terpaksa mengibarkan bendera putih berikutan kesan pandemik Covid-19.

Beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Bentong turut tidak ketinggalan menyalurkan bantuan bakul makanan kepada penduduk setempat.

"Setakat ini sebanyak 170 bakul makanan diagihkan kepada penduduk di Chamang, Repas, Bukit Piatu dan juga Chegar Medang di sini.

"Saya maklum banyak agensi dan pihak yang memberikan bantuan dan saya rasa terpanggil untuk sama-sama membantu bagi memastikan masyarakat akan mendapat bantuan berterusan dan mendapat pembelaan sewajarnya," katanya selepas mengagihkan bakul makanan di beberapa lokasi di daerah itu pada Ahad.

Ujarnya, beliau akan terus menyalurkan bantuan bakul makanan dari semasa ke semasa.

"Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19," jelasnya lagi.

Menurutnya, bantuan berupa barangan keperluan seperti beras, telur dan gula itu diserahkan kepada penduduk terlibat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Artikel Berkaitan: