Donnarumma dinobat pemain terbaik Euro 2020

Donnarumma
Donnarumma
A
A
A

PENJAGA gol Itali, Gianluigi Donnarumma dinobatkan sebagai pemain terbaik Euro 2020 selepas aksi cemerlangnya membantu Gli Azzurri menjuarai kempen Euro kali ini.

Penjaga gol berusia 22 tahun itu menjadi watak penting dalam kemenangan Itali di pentas final ketika menundukkan England dengan menyelamatkan dua sepakan penalti daripada Jadon Sancho dan Bukayo Saka.

Malah, Donnarumma juga tidak bolos dalam tiga perlawanan sepanjang kempen kali ini selain turut menjadi hero ketika penentuan penalti di peringkat separuh akhir menentang Sepanyol.

Untuk rekod, Donnarumma menjadi penjaga gol kedua dipilih sebagai pemain terbaik Euro selepas kejayaan sama dilakar Peter Schmeichel pada Euro 1992.

Artikel Berkaitan: