Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS

Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pagi ini, dirangsang oleh kenaikan harga minyak mentah di tengah-tengah peningkatan jumlah kes Covid-19 yang tinggi di Malaysia.
Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pagi ini, dirangsang oleh kenaikan harga minyak mentah di tengah-tengah peningkatan jumlah kes Covid-19 yang tinggi di Malaysia.
A
A
A

RINGGIT dibuka kukuh berbanding dolar AS pagi ini, dirangsang oleh kenaikan harga minyak mentah di tengah-tengah peningkatan jumlah kes Covid-19 yang tinggi di Malaysia.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan naik sedikit sebanyak 45 mata asas untuk disebut harga pada 4.1850/1890 berbanding dolar AS daripada 4.1895/1940 penutupan urus niaga Jumaat minggu lepas.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata, ringgit dijangka mendapat sokongan daripada pengukuhan minyak mentah Brent berikutan penyusutan stok simpan minyak mentah yang mendorong pendapat bahawa permintaan untuk komoditi itu kian meningkat terutama dengan bermulanya musim panas di Amerika Syarikat.

Ketika ini, minyak penanda aras Brent mengukuh 0.13 peratus kepada AS$75.65 setong.

“Justeru, ini dapat mengehadkan tekanan daripada ketidakpastian berkaitan pandemik yang menyaksikan Asia kini berhadapan gelombang terbaru penularan pandemik," katanya kepada Bernama.

Jumlah kes harian baharu Covid-19 di Malaysia masih melepasi paras 9,000 dengan 9,105 jangkitan dilaporkan pada Ahad, menjadikan jumlah terkumpul kepada 836,296 kes.

Pada pembukaan urus niaga, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Unit tempatan itu menyusut berbanding pound Britain kepada 5.8176/8231 daripada 5.7798/7860 pada penutupan urus niaga Jumaat, lebih rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0970/1002 daripada 3.0953/0991 dan lemah berbanding euro kepada 4.9697/9744 daripada 4.9667/9720.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8004/8040 daripada 3.8076/8120 sebelumnya. - Bernama