X

Kindly register in order to view this article
!

Djokovic raih gelaran Grand Slam ke-20

Novak Djokovic meraih gelaran Grand Slam ke-20. -Foto EPA
A
A

PEMAIN nombor satu dunia Novak Djokovic meraih gelaran Grand Slam ke-20 apabila muncul juara perseorangan lelaki Kejohanan Tenis Wimbledon setelah menewaskan pemain ranking kesembilan dunia, Matteo Berettii 6-7 (4/7), 6-4, 6-4, 6-3 di Centre Court pada awal pagi Isnin.

Bagaimanapun pemain berusia 34 tahun dipaksa bekerja keras oleh Berettini, 25 sebelum mengesahkan kejuaraan Wimbledon keenam sejak 2011, 2014, 2015, 2018 dan 2019 lalu.

Kemenangan berkenaan turut menyaksikan Djokovic mencatatkan kejayaan hattrik apabila mara dengan memenangi aksi final Wimbledon sejak 2018, 2019 lalu (kejohanan pada 2020 dibatalkan berikutan pandemik Covid-19).

Malah Djokovic kini meletakkan namanya sebaris dengan pemain-pemain lagenda seperti Roger Federer, dari Switzerland dan juga Rafael Nadal (Sepanyol) yang turut memenangi 20 gelaran Grand Slam.

Untuk rekod, Djokovic muncul juara Terbuka Australia pada 2008, 2011, 2012, 2013, 2015, 2016, 2019, 2020, 2021, Terbuka Perancis (2016, 2021), Terbuka Amerika Syarikat (2011, 2015, 2018) dan Wimbledon (2011, 2014, 2015, 2018, 2019 dan 2021).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!