X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada hotel di Negeri Sembilan gulung tikar

Tangkap layar video tular yang mendakwa Eagle Ranch Resort telah menutup operasinya.
A
A

SEREMBAN - Tiada hotel di Negeri Sembilan yang gulung tikar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan Jun lalu.

Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata, lebih 35 hotel yang berdaftar di bawah MAH masih lagi beroperasi, walaupun tiada pengunjung ketika ini.

Menurutnya, kebanyakan hotel terutamanya di Port Dickson hanya mengurangkan pengoperasian memandangkan sektor pelancongan masih lagi tidak dibenarkan.

"Setakat ini tiada hotel yang gulung tikar, tetapi yang tutup sementara dan kurangkan pengoperasian itu memang ada.

"Walaupun pihak hotel tidak menerima kunjungan luar, namun hotel mereka tetap dibuka bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, misalnya pembersihan kawasan hotel, penyelenggaraan kolam renang, dan lain-lain kerja yang perlu dilaksanakan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sementara itu, Haziz berkata, MAH bersama ahlinya turut menganjurkan 'food bank' yang ditempatkan di hotel d' Wharf Port Dickson, dan akan membuka sebuah lagi 'food bank' di Eagle Ranch Resort di Pasir Panjang, Port Dickson dalam masa terdekat ini.

MAH menafikan dakwaan Eagle Ranch Resort telah menutup operasinya.
MAH menafikan dakwaan Eagle Ranch Resort telah menutup operasinya.

Dalam pada itu, Haziz menafikan video tular yang mendakwa Eagle Ranch Resort Port Dickson menutup operasi.

Katanya, resort tersebut yang merupakan salah satu ahli MAH itu kini beroperasi seperti biasa, cuma tiada menerima pengunjung disebabkan PKP.

"Mereka buat video itu sebagai tanda solidariti terhadap kesusahan yang dihadapi oleh pengusaha hotel, yang turut terkesan sejak pandemik Covid-19 ini.

"Bendera putih yang dikibarkan adalah sebagai tanda untuk membantu mereka yang memerlukan bekalan makanan, bukan tanda mereka tutup operasi atau perlukan bantuan.

"Saya tahu ramai yang salah faham kerana keterangan dalam gambar itu kurang jelas," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!